30 GRO Vietnam ditahan

Wanita warga Vietnam ditahan di dua pusat hiburan sekitar Ipoh, semalam.
Wanita warga Vietnam ditahan di dua pusat hiburan sekitar Ipoh, semalam.
A
A
A

IPOH - Seramai 30 wanita warga Vietnam yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di dua pusat hiburan di Station 18 dan Jalan Mustapha Al Bakri, di sini, ditahan Jabatan Imigresen Perak, semalam.

Serbuan Ops Bersepadu yang bermula pada jam 9 malam itu turut melibatkan 25 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak.

Pengarah Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, risikan awal mendapati kesemua wanita berusia 17 hingga 47 tahun itu disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) yang menawarkan layanan kepada pelanggan terdiri daripada warga tempatan.

"Ketika serbuan dibuat, mereka sedang asyik melayan pelanggan sebelum menyedari kehadiran penguat kuasa dan bertindak melarikan diri dengan bersembunyi di kabinet minuman keras dan bilik air.

"Kecekapan pegawai operasi itu berjaya mengepung pusat hiburan berkenaan sekali gus menghalang cubaan meloloskan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Seorang wanita cuba menyembunyikan diri dalam kabinet minuman keras ketika serbuan pihak Imigresen dan Kastam, semalam.
Seorang wanita cuba menyembunyikan diri dalam kabinet minuman keras ketika serbuan pihak Imigresen dan Kastam, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati premis tersebut menawarkan khidmat seks dengan kadar RM150 hingga RM250 sejam.

"Kita turut menemui kondom bersepah dalam bilik dan bakul sampah.

Artikel Berkaitan:

"Seorang lelaki warga tempatan turut ditahan disyaki menjadi majikan kepada semua wanita terbabit," katanya.

Kamalludin berkata, kesemua wanita berkenaan telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka turut melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dengan melanggar syarat pas lawatan.

"Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(I) akta yang sama iaitu memiliki endorsmen palsu dalam pasport serta Seksyen 56(1)(d), melindungi warga asing tanpa pas sah," katanya.

Katanya, kesemua wanita terbabit ditahan untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Depot Imigresen Langkap.