Akaun Telegram peribadi Perdana Menteri pulih

Pada Isnin Ismail Sabri memaklumkan akaun Telegram peribadi miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. (Gambar kiri: Kenyataan dikeluarkan oleh Twitter berhubung akaun peribadi Ismail Sabri dan Saifuddin yang telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.)
Pada Isnin Ismail Sabri memaklumkan akaun Telegram peribadi miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. (Gambar kiri: Kenyataan dikeluarkan oleh Twitter berhubung akaun peribadi Ismail Sabri dan Saifuddin yang telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.)
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi Telegram pada Selasa memaklumkan akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah kembali pulih.

Menerusi ciapan yang dibalas menerusi akaun Twitter Telegram @telegram memaklumkan akses ke akaun Ismail Sabri telah dipulihkan.

“Untuk keselamatan, adalah mustahak agar tidak memberi kod log masuk Telegram kepada sesiapa pun.

“Kami juga syorkan kepada pengguna untuk setkan kata laluan tambahan: Aturan - Privasi dan Sekuriti - Verifikasi Dua Langkah,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan akaun Telegram peribadi miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ismail Sabri memohon agar mana-mana pihak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa mengenai perkara terbabit.

Sementara itu, Telegram turut mencadangkan agar Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri menyediakan latihan keselamatan siber yang mencukupi kepada kakitangannya.

Aplikasi Telegram memaklumkan akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah kembali pulih.
Aplikasi Telegram memaklumkan akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah kembali pulih.

Telegram memaklumkan, latihan itu perlu merangkumi kesedaran berkenaan serangan pancingan data.

“Ini bagi mengelakkan pembukaan pautan berniat jahat berkaitan dengan pornografi yang berpotensi mengakibatkan akaun dikompromi,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan akaun Telegram milik Ismail Sabri dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Telegram bagaimanapun membalas, pihaknya tidak menemui sebarang bukti penyelewengan terhadap kedua-dua akaun tersebut.

Dalam pada itu, syarikat rangkaian komunikasi itu memaklumkan, ganjaran sebanyak AS$300,000 akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang boleh memintas keselamatan dan penyulitan syarikat itu.

“Telegram ialah platform sumber terbuka dan kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyemak kod sumber, protokol dan Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) kami.

“Kami komited untuk menyediakan semua pengguna platform penyulitan hujung-ke-hujung di aplikasi permesejan.

“Untuk sebarang informasi lanjut, boleh layari core.telegram.org/contest300K,” ujarnya.