Misi kemanusiaan Muslim Care Malaysia di Seiyun, Yaman

Zulkifli (kanan) menyerahkan daging sembelihan di sekitar pusat penempatan pelarian Madoodah, Seiyun.
Zulkifli (kanan) menyerahkan daging sembelihan di sekitar pusat penempatan pelarian Madoodah, Seiyun.
A
A
A

SEBANYAK 100 ekor kambing yang disembelih melibatkan sembelihan akikah dan sedekah diagihkan kepada 1,000 keluarga pelarian di Seiyun, Hadramawt (Yaman) pada Rabu.

Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan berkata, dana sembelihan tersebut merupakan hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Zulkifli
Zulkifli

"Misi kemanusiaan di Yaman ini memperuntukkan nilai sebanyak RM500,000.

"Ia melibatkan kos sembelihan kambing, pek makanan, bekalan air bersih dan tangki air serta wakaf al-Quran.

"Lokasi penyaluran bantuan selain Seiyun ialah Maarib, di mana di Maarib sahaja terdapat kira-kira dua juta pelarian yang mendapat perlindungan akibat perang yang melanda negara itu sejak 2012.

"Bagi menjayakan misi ini, pihak Muslim Care mendapat kerjasama daripada Human Access yang berpangkalan di Seiyun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ketua Operasi Human Access, Majeed Salleh menegaskan pihaknya telah membuat pelbagai persiapan bagi menjayakan misi kemanusiaan bersama Muslim Care sejak tiga bulan lalu.

Muslim Care Malaysia merupakan NGO terawal menghulurkan bantuan kemanusiaan di Yaman bermula 2017 setelah negara tersebut terlibat dalam kancah peperangan pada tahun 2012.
Muslim Care Malaysia merupakan NGO terawal menghulurkan bantuan kemanusiaan di Yaman bermula 2017 setelah negara tersebut terlibat dalam kancah peperangan pada tahun 2012.

"Semua kambing yang dibeli melalui dana sumbangan rakyat Malaysia melalui Muslim Care ini disembelih di Pusat Sembelihan Mazlah.

"Daging tersebut diagihkan kepada pelarian di beberapa lokasi sekitar Seiyun," katanya.

Untuk rekod Muslim Care telah mengunjungi Yaman secara fizikal dan menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan kepada pelarian di Yaman sejak tahun 2017.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada pelarian di Yaman dan beberapa lokasi negara dilanda konflik seperti Syria, Afghanistan, Palestin dan Myanmar boleh berbuat demikian menerusi akaun 564490413882 (Maybank) atas nama Muslim Care Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!