Dua PPS mangsa banjir Baling ditutup

Dua buah PPS di Baling yang menempatkan mangsa banjir telah ditutup sepenuhnya pada Khamis.
Dua buah PPS di Baling yang menempatkan mangsa banjir telah ditutup sepenuhnya pada Khamis.
A
A
A

BALING - Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir pada Selasa, ditutup sepenuhnya pada Khamis.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil berkata, PPS Dewan Tun Abdul Razak telah ditutup pada jam 10 pagi manakala PPS Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah ditutup pada jam 4.15 petang.

Menurutnya, kesemua mangsa yang ditempatkan di kedua-dua PPS telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan selamat.

"Banjir kilat kali ini melibatkan Mukim Baling (43 buah), Mukim Bakai (13 buah) dan Mukim Siong (1 buah).

"Antara kampung yang terjejas di Mukim Baling ialah Kampung Rambong, Bendang Sera, Batu Tujuh, Teluk Sanau, Lubuk Pedati dan Seberang Watt.

"Mukim Bakai yang dilanda banjir membabitkan Kampung Jernang dan Kampung Seratus manakala di Mukim Siong membabitkan Kampung Tanjung Langsat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Keadaan semasa air banjir telah surut dan pemantauan air sungai berada pada paras normal.
Keadaan semasa air banjir telah surut dan pemantauan air sungai berada pada paras normal.

Menurutnya, status semasa air banjir telah surut dan bacaan air sungai juga berada pada paras normal.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan hujan lebat selama beberapa jam telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di kuarters Hospital Baling dan beberapa buah kampung pada Selasa.