Rusuhan kuil: 106 individu ditahan setakat 8 pagi ini
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lagi suspek yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 26 November lepas, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 106 orang setakat jam 8 pagi ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, selain itu seramai tujuh individu daripada 66 individu yang dicari polis sebelum ini telah tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Proses rakaman percakapan dia (Muhammad Adib) belum dilaksanakan lagi kerana keadaan kesihatannya yang belum mengizinkan, insya-ALLAH kami akan terus rakam percakapannya apabila telah sihat kembali," katanya pada sidang media sempena majlis berkhatan perdana Polis Diraja Malaysia 2018, di Masjid Bukit Aman, di sini, hari ini.
Mohamad Fuzi berkata siasatan yang diketuai oleh Wan Ahmad akan dibuat bersama JSJ Bukit Aman dan JSJ Selangor.
Insiden rusuhan pada 26 November itu berkaitan dengan unsur jenayah, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib yang kini dirawat di Institut Jantung Negara, selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam. - Bernama
JKDM beli 20 ekor anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin di Pangkalan TLDM
Cendekiawan 'sederhana' tak harus dibawa masuk sebagai profesor pelawat - PM
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
'Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih sayang' - Siti Aisyah
Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024