Inflasi teras Malaysia dijangka pada 1.5-2.2 peratus

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - MIDF Research menjangkakan kadar inflasi teras Malaysia berada pada purata 2.2 peratus tahun ini berbanding satu peratus tahun lepas, berikutan kesan asas yang lebih rendah.

Dalam kenyataan, firma penyelidikan itu berkata, tekanan inflasi, terutama daripada item berkaitan bahan api, kemungkinan akan meningkat, sejajar unjuran peningkatan harga minyak mentah kepada purata US$75 setong pada 2019 berbanding US$72 setong pada 2018.

Bagaimanapun, ia berkata, kadar inflasi teras dijangkakan kekal stabil pada 2019, berlegar sekitar tahap 2018 pada satu peratus tahun ke tahun.

"Memandangkan kadar inflasi teras kekal rendah, kami berpendapat bahawa perubahan dalam pendirian kewangan tidak diperlukan buat masa ini, kerana ia akan menjejaskan trajektori pertumbuhan domestik.

“Selain itu, Rizab Persekutuan AS telah mengesahkan pendiriannya untuk tidak menaikkan kadar pada tahun ini. Memandangkan tekanan yang berkurangan di peringkat domestik dan luaran, kami juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus pada 2019 sekiranya tiada sebarang kejutan berlaku dalam pertumbuhan ekonomi domestik," katanya.

Dalam nota berasingan, RHB Research berkata, ia menjangkakan inflasi teras meningkat kepada 1.5 peratus pada 2019, disebabkan oleh keputusan kerajaan untuk mengekalkan harga minyak RON95 pada RM2.08, yang lebih rendah daripada harga purata tahun lepas pada RM2.20.

Ia berkata, harga di Malaysia susut kepada deflasi dalam dua bulan pertama 2019, selepas kerajaan menyelaraskan harga bahan api pada 1 Januari untuk mencerminkan kejatuhan harga minyak, yang juga bertepatan dengan penggantian Cukai Barang dan Perkhidmatan kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang menyumbang kepada tekanan inflasi yang lemah.

Walaupun prospek inflasi yang lebih lembap, RHB Research berkata, penyata dasar monetari terkini pada Mac menawarkan sedikit petunjuk mengenai pengurangan OPR dalam jangka masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Mengenai mata wang, ia berkata ringgit melantun semula 1.7 peratus berbanding dolar US setakat 26 Mac hingga RM4.0675 selepas menembusi 1.8 peratus untuk keseluruhan 2018, apabila dolar US kembali meningkat susulan peralihan dasar monetari AS yang tidak berubah beranding kenaikan.

"Untuk masa depan, ahli strategi mata wang kita menjangkakan ringgit akan terus mengukuh kepada RM3.80 berbanding dolar US menjelang akhir tahun 2019, ekoran unjuran kemerosotan nilai dolar US.

Beliau berkata pada pandangannya, penurunan kadar OPR jika dilakukan, akan mengehadkan peningkatan ringgit. - Bernama