KKM lapor 3,873 kes baharu Covid-19

Sebanyak 5,685 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
Sebanyak 5,685 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,873 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, 14 kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dengan tiga daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 35,902 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 48,668 kes, dengan 47,139 atau 96.9 peratus merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 32 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,447 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 28 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 2,607 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,559,545 kes.