MBI segera baiki jalan mendap

Sebuah kereta turut kelihatan tersangkut di kawasan mendapan tersebut.
Sebuah kereta turut kelihatan tersangkut di kawasan mendapan tersebut.
A
A
A

IPOH - Sebahagian jalan masuk berhampiran Halaman Pengkalan Sentosa, di sini ditutup sementara berikutan berlaku mendapan tanah di kawasan itu, hari ini.

Difahamkan kejadian itu disedari berlaku pada jam 11.30 pagi tadi apabila jalan tersebut berlubang disebabkan mendapan tanah tersebut.

Majlis Bandararaya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan berkata, laluan itu merupakan kawasan seliaan MBI.

MBI menutup sebahagian jalan tersebut dalam usaha mereka membaik pulih dan menyelenggara kawasan tersebut.
MBI menutup sebahagian jalan tersebut dalam usaha mereka membaik pulih dan menyelenggara kawasan tersebut.

Katanya, kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sedang giat dijalankan bagi memastikan kawasan tersebut selamat.

"Sebahagian jalan tersebut akan ditutup sementara MBI menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

"Kini, MBI masih dalam proses siasatan untuk mendapatkan punca tanah runtuh tersebut," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, MBI memaklumkan laluan tersebut masih boleh digunakan orang ramai seperti biasa.

Artikel Berkaitan: