Australia bertegas kepada media sosial

Scott Morrison
Scott Morrison
A
A
A

MELBOURNE - AUSTRALIA. Para eksekutif media sosial boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan syarikat mereka boleh didenda 10 peratus daripada perolehan mereka jika ia gagal memadamkan bahan berunsur kekerasan, menurut undang-undang baharu dicadangkan kerajaan Australia, hari ini.

"Syarikat media sosial gergasi mempunyai tanggungjawab untuk mengambil setiap tindakan bagi memastikan produk teknologi mereka tidak dieksploitasi oleh pengganas.

"Ia bukan sekadar untuk melakukan perkara yang betul. Jika undang-undang tersebut diluluskan, ia akan menjadi satu jenayah bagi syarikat media sosial seperti Facebook jika mereka tidak memadamkan kandungan ganas yang kejam," kata Perdana Menteri, Scott Morrison.

Jelasnya, kerajaan juga telah mewujudkan pasukan petugas antara kerajaan dan syarikat media sosial untuk menangani isu tersebut selain mahu mengemukakan agenda itu sidang kemuncak pemimpin G20 di Jepun pada Jun depan.

Difahamkan, Canberra telah bertemu dengan wakil syarikat media sosial, namun hasil perbincangan dilaporkan tidak memuaskan.

"Mereka tidak mengemukakan sebarang penyelesaian kepada isu tersebut yang timbul daripada insiden serangan berdarah di Chrischurch," kata Menteri Komunikasi, Mitch Fifield.

Kerajaan akan membentangkan draf undang-undang itu di Parlimen pada minggu depan sebelum pilihan raya persekutuan berlangsung.

Semalam, Facebook memaklumkan ia sedang meneliti sekatan terhadap siapa yang boleh mengakses ciri 'live' beberapa hari selepas ia melarang sokongan terhadap nasionalisme dan radikal kulit putih berhaluan kanan di platform mereka. - Reuters

Artikel Berkaitan: