Lumba kerbau meriahkan musim tanam padi di Thailand

Perlumbaan kerbau tradisional diadakan buat pertama kali dalam tempoh dua tahun di Chonburi pada Ahad. - Foto AFP
Perlumbaan kerbau tradisional diadakan buat pertama kali dalam tempoh dua tahun di Chonburi pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Perlumbaan kerbau tradisional Thailand diadakan di Chonburi, timur negara berkenaan pada Ahad.

Tradisi tahunan yang riuh rendah dan berlumpur menandakan permulaan musim menanam padi dengan suasana seperti perayaan diadakan buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Acara utama menyaksikan empat pasang kerbau berlari melintasi sawah yang dihias, dengan para pelumba yang berani berlari mengawal haiwan mereka tanpa alas kaki melalui kawasan berlumpur cetek.

“Sebelum perlumbaan bermula, kami sedikit teruja dan gementar,” kata Sompong Ratanasatien, 33, dalam keadaan basah kuyup selepas pertarungan terbaharunya seperti dilaporkan oleh AFP.

Menurutnya, titik paling sukar ialah garisan permulaan apabila pelumba mesti menunggu wisel permulaan rasmi ketika mereka cuba untuk menggerakkan binatang-binatang berat itu ke kedudukan dan memastikan mereka tenang.

“Selepas itu, ia bergantung kepada kerbau kami dan bagaimana dia sepadan dengan kemahiran kami,” kata Ratanasatien yang mendapat kemenangan dengan lembunya berusia dua tahun bernama Kao.

Didesak dengan cemeti buluh kecil berhujung logam, kerbau yang biasanya tenang tetapi 'mengamuk' di padang yang berair.

Pertarungan dibahagikan mengikut berat dan saiz hiwan tersebut.

"Saya fikir orang biasa tidak boleh melakukannya," kata Within Lueanguksorn, 38, yang telah mengembara dari Bangkok untuk menonton perlumbaan itu.

Seorang pelumba, Noppadon Yindeesuk, 45, mengakui tradisi itu boleh menjadi agak bahaya.

"Ia boleh menjadi agak berbahaya jika kerbau berlari terlalu dekat antara satu sama lain kerana ia boleh menyebabkan kemalangan. Jadi, penunggang mesti berhati-hati," jelasnya.

Namun, Noppadon berkata, dia akan berlumba bersama dua ekor kerbaunya yang bernilai sekitar 150,000 baht (RM18,641) setiap seekor iaitu Parewa dan Pete.

"Haiwan itu berusia lebih dua tahun dan kedua-duanya memenangi perlumbaan pada tahun lepas," katanya sambil tersenyum. - Agensi