Di mana Roshini?

T.Roshini dilihat kali terakhir pada 20 Mac lalu
T.Roshini dilihat kali terakhir pada 20 Mac lalu
A
A
A
KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur dengan kerjasama orang ramai sedang membantu mengesan seorang gadis yang dilaporkan hilang.

Kehilangan T Roshini, 20, telah dilaporkan di Balai Polis Tun H.S. Lee.

Kali terakhir gadis itu dilihat adalah pada 20 Mac di alamat 09-06-13, No.6, Jalan Lapangan Terbang Permai, PPR Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Abi Shafazeem Arshad, Balai Polis Tun H.S. Lee di talian 013-5675872, Balai Polis Tun H.S. Lee 03-92212222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Artikel Berkaitan: