Laporan penuh kematian Adib, Pulau Batu Puteh, Tommy Thomas Ogos depan

Laporan penuh siasatan dan kajian kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diperoleh Ogos depan.
Laporan penuh siasatan dan kajian kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diperoleh Ogos depan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Laporan penuh siasatan dan kajian kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diperoleh Ogos depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, kerajaan juga akan menerima laporan isu dan tindakan perundangan kes Pulau Batu Puteh serta siasatan dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya pada tempoh sama.

"Jawatankuasa yang dilantik pada Disember tahun lalu minta untuk sambung (tempoh) lagi bagi pihak mereka memperhalusi serta meneliti laporan terbabit," katanya menerusi sidang akhbar di pejabatnya, di sini pada Isnin.

Menurutnya, tempoh lanjut diperlukan adalah bagi kerja-kerja penterjemahan ke bahasa Melayu berikutan ada laporan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

"Kita akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kepakaran menterjemah dalam pelbagai bidang demi memastikan tiada kesalahan yang berlaku sekiranya terjemahan selesai dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa juga berdepan dengan kesukaran untuk memperoleh dokumen dan saksi.

“Ada kes contohnya kita sukar untuk dapatkan dokumen yang disimpan oleh individu tertentu. Begitu juga dengan saksi... Ada yang yang telah pulang ke negara masing-masing," katanya.

Wan Junaidi berkata, kerajaan turut menggunakan semua kepakaran dari dalam dan luar negara di dalam siasatan kes Pulau Batu Puteh.

Artikel Berkaitan:

"Kita ada menggunakan khidmat pakar dari The Hague, Belanda dan England. Sepatutnya boleh dapat laporan menjelang Ogos," katanya.

Sebelum ini Wan Junaidi memaklumkan laporan akhir siasatan kes kematian Muhammad Adib akan dibentang kepada kabinet pada bulan ini.