Hari Veterinar Kebangsaan padat, sarat dengan pelbagai aktiviti

Pengunjung termasuk kanak-kanak berpeluang untuk bermesra haiwan yang dipamerkan.
Pengunjung termasuk kanak-kanak berpeluang untuk bermesra haiwan yang dipamerkan.
A
A
A

SERDANG - Sambutan Hari Veterinar Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 di Laman Ternakan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang berlangsung pada Jumaat dan berakhir hari ini, menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan kepada pengunjung.

Antaranya, pameran lembu sado, pameran baka kambing, kaunter perkhidmatan veterinar, mini pet fair dan jualan produk berasaskan ternakan.

Selain itu, pencinta haiwan pula berpeluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kucing, pemberian vaksin, ubat cacing dan mikrocip melalui Klinik veterinar bergerak.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, orang ramai seharusnya tidak melepaskan peluang hadir memeriahkan sambutan ini dan dalam masa sama menunjukkan penghargaan kepada ahli veterinar.

HASLINA
HASLINA

"Veterinar merupakan profesion yang sangat penting. Manusia memerlukan rawatan doktor ketika sakit, haiwan juga tidak terkecuali. Haiwan juga memerlukan rawatan dan bantuan kesihatan.

"Kerjaya sebagai doktor veterinar mencabar. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab merawat haiwan kesayangan seperti kucing, anjing atau burung, tetapi turut menjalankan prosedur ke atas haiwan-haiwan liar yang lain," katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Veterinar Sedunia Peringkat Kebangsaan di Laman Ternakan, MAEPS, Serdang, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Hari Veterinar Sedunia tahun ini bertemakan Memperkasa Daya Tahan Kualiti Perkhidmatan Veterinar.

Kanak-kanak turut diberi maklumat berkaitan perubatan veterinar.
Kanak-kanak turut diberi maklumat berkaitan perubatan veterinar.

Mengulas lanjut, beliau berkata cabaran dalam perkhidmatan veterinar khususnya ancaman penyakit terhadap haiwan ternakan juga kian meluas.

Jelasnya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan memastikan kejadian penyakit pada ternakan dalam negara sentiasa terkawal.

"Veterinar juga bertanggungjawab memastikan bekalan makanan daripada hasilan haiwan di negara kita sentiasa mencukupi.

"Antaranya meningkatkan produktiviti populasi lembu dalam negara secara berterusan melalui kaedah pembiakbakaan secara terancang dan sistematik," katanya.

Haslina (empat dari kanan) dan Dr Noorlizan (tengah) yang hadir pada perasmian sambutan Hari Veterinar Sedunia Peringkat Kebangsaan di Laman Ternakan, MAEPS, Serdang, pada Sabtu.
Haslina (empat dari kanan) dan Dr Noorlizan (tengah) yang hadir pada perasmian sambutan Hari Veterinar Sedunia Peringkat Kebangsaan di Laman Ternakan, MAEPS, Serdang, pada Sabtu.

Beliau berkata, dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memperkukuhkan industri ruminan negara, kerajaan juga telah bersetuju mewujudkan Lembaga Ruminan Negara selaras dengan hala tuju MAFI dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0 2021 hingga 2030).

Katanya, ia berperanan memastikan industri ruminan yang berdaya saing serta mampu menampung permintaan bekalan daging, susu dan produk tenusu dalam negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr Noorlizan Mohd Noor berkata, Hari Sambutan Veterinar turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik selain menjadi medium untuk menyalurkan pelbagai maklumat mengenai perkembangan terkini jabatan tersebut.

DR NOORLIZAN
DR NOORLIZAN

"Ibu bapa boleh membawa anak-anak bermesra dengan haiwan dalam usaha untuk memupuk rasa kecintaan kepada haiwan bermula dari kanak-kanak. Ia sejajar dengan pelan strategik pembangunan kebajikan haiwan negara 2.0.

"Selain itu, klinik bergerak turut disediakan dan pengunjung boleh membawa haiwan kesayangan untuk mendapatkan rawatan seperti pemberian ubat cacing, vaksinasi dan sebagainya," katanya.

REAKSI PENGUNJUNG

ABDUL HADI
ABDUL HADI

“Hari Sambutan Veterinar ini amat bagus dan padat dengan aktiviti. Saya bawa kucing saya bernama Simba untuk dapatkan rawatan di Klinik Bergerak Veterinar di sini.” - Abdul Hadi Abdul Rahman, 37, Jurutera

SITI MARIAM
SITI MARIAM

“Anak-anak saya sangat gembira berkunjung ke Hari Veterinar ini kerana banyak aktiviti disediakan seperti mini pet fair, pameran haiwan dan gerai pameran.” - Siti Mariam Moksin, 47, Pembantu Tadbir

MOHD AZHAR
MOHD AZHAR

“Saya teruja hadir untuk melihat aktiviti dan perkembangan terkini Jabatan Veterinar dan saya harap pada masa akan datang hari sambutan ini dapat dibuat dalam skala yang lebih besar.” - Mohd Azhar Abu hassan, 57, Pesara

NURILMIAH
NURILMIAH

“Orang ramai jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Hari Veterinar ini kerana aktiviti yang disediakan sangat menarik. Banyak makumat berkaitan haiwan diberikan kepada pengunjung.” - Nurilmiah Jamaludin, 36, Pembantu Tadbir

Aktiviti menarik di Sambutan Hari Veterinar Sedunia, Maeps Serdang:

  • Pameran lembu sado
  • Pameran baka kambing
  • Kaunter perkhidmatan veterinar
  • Mini pet fair
  • Klinik veterinar bergerak
  • Jualan produk berasaskan ternakan
  • Jualan produk makanan
  • Petting zoo
  • Pameran daripada agensi
  • Khidmat nasihat penjagaan haiwan eksotik
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan lego