Tindakan undang-undang menanti pemilik rumah ubah suai tanpa kelulusan

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik sebuah rumah di Taman Surian di sini yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik sebuah rumah di Taman Surian di sini yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.
A
A
A

NILAI - [DIKEMAS KINI] Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik sebuah rumah di Taman Surian di sini yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, berkata, sebelum ini MBS telah mengeluarkan notis arahan dan sitaan di tapak binaan sebanyak tiga kali kepada pemilik bangunan bagi menghentikan kerja binaan dan merobohkan binaan tambahan terbabit.

"Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan MBS akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya ke atas kes ini kerana keingkaran pemilik mematuhi notis yang dikeluarkan.

"MBS memandang serius atas kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan ini," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.

Kelihatan kakitangan MBS mengambil tindakan sita rumah terbabit.
Kelihatan kakitangan MBS mengambil tindakan sita rumah terbabit.

Tegasnya, sebarang kerja-kerja pengubahsuaian bangunan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada majlis terlebih dahulu.

Tambah Masri, ia bagi menjaga aspek keselamatan dan mengelakkan gangguan ketenteraman awam yang boleh mencetuskan sensitiviti penduduk yang berbilang kaum.

"Segala tindakan yang diambil adalah bertujuan bagi mensejahterakan keharmonian warga bandar raya.

"Sehubungan dengan itu, MBS memohon sebarang aduan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Majlis Bandaraya Seremban ataupun melalui Aplikasi Respon Rakyat," katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati rumah tersebut telah diambil tindakan tutup (sealed) oleh penguat kuasa MMBS.