Lebih 3.2 juta permohonan Bantuan Sara Hidup direkodkan

Lim Guan Eng - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Lim Guan Eng - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 3.2 juta permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) direkodkan sehingga semalam, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata ia merangkumi 530,000 permohonan baharu serta 2.67 juta permohonan pengemaskinian data.

“Jumlah ini akan terus meningkat berdasarkan proses kemasukan data kini masih sedang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan dijangka mencecah empat juta permohonan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang meminta kementerian menyatakan jumlah pendaftaran baharu dan pengemaskinian BSH.

Lim berkata bagi mengurangkan ketirisan dalam mengendalikan BSH, maklumat yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi kerajaan bagi menentukan kelayakan setiap permohonan.

Beliau berkata tiga agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut dilibatkan menjadikan keseluruhan 16 agensi terlibat dalam memastikan mereka yang benar-benar layak, menerima bantuan.

“Ini juga bagi menangani kesilapan kemasukan dan pengecualian,” katanya.

Artikel Berkaitan: