Adakan PRU15 tidak jejaskan ekonomi: Nazir Razak

Mohamed Nazir ketika ditemui pemberita selepas sesi diskusi bersama Nazir Razak bertajuk ‘Cabaran Masa Depan’ di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Jumaat.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak berpandangan bahawa pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak akan menjejaskan ekonomi negara.

Beliau menegaskan, walaupun banyak pihak yang menentang pelaksanaannya, PRU15 harus dilaksanakan juga.

“Saya rasa banyak perkara yang boleh menentukan masa pilihan raya dan kita serahkan kepada Perdana Menteri serta yang lain untuk menentukannya.

“Hari ini kita mempunyai banyak cabaran tetapi pada suatu masa kita tahu perlunya mempunyai pilihan raya.

“Saya tidak fikir ia akan menjejaskan ekonomi, nak atau tak pilihan raya tetap akan dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi diskusi bersama Nazir Razak bertajuk ‘Cabaran Masa Depan’ di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Jumaat.

Hadir sama pada sesi diskusi tersebut isteri beliau, Puan Sri Azlina Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi.

(Dari kiri) Firdaus, Azlina, Mohamed Nazir, Mohd Nasir dan Akmal Eirfan selepas sesi diskusi bersama Nazir Razak bertajuk ‘Cabaran Masa Depan’ di PBAKL di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Jumaat.

Ditanya mengenai cadangannya untuk menubuhkan sebuah sidang demokrasi bermusyawarah atau Himpunan Malaysia Lebih Baik, beliau berkata, ketika ini sudah ada perbincangan dengan pihak istana dan kerajaan.

“Jadi kita tunggu sajalah dari segi respon formal daripada mereka. Saya faham ada yang setuju ada yang tidak setuju. Buat masa ini saya nak jumpa dengan mereka yang tidak setuju, nak faham kenapa tak setuju.

“Pada saya idea ni agak mudah. Persidangan demokrasi bermusyawarah ini adalah satu proses untuk kita cari Malaysia 3.0. Kita tak nak 3.0 ini dibina oleh kayangan saja. Kita nak rakyat biasa datang berbincang mencari solusi untuk cabaran-cabaran negara buat masa ini,” katanya.