Yan rangkul Anugerah Pemadam Terbaik Daerah

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor yang mewakili Menteri Besar Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyampaikan anugerah kepada Mohd Fakhzan (tengah).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor yang mewakili Menteri Besar Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyampaikan anugerah kepada Mohd Fakhzan (tengah).
A
A
A

YAN - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) daerah Yan berjaya merangkul Anugerah Pemadam Terbaik Daerah peringkat Kedah.

Timbalan Pengerusi, Mohd Fakhzan Nasir berkata, kejayaan ini adalah disebabkan kerjasama baik serta komitmen dari semua ahli jawatankuasa dan agensi rakan Pemadam.

"Ia membolehkan pihak Pemadam membawa pulang hadiah berupa cek bernilai RM2,000 dan menambah semangat kami untuk terus mencegah gejala dadah dalam kalangan masyarakat," katanya selepas majlis yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, semalam.

Menurut Mohd Fakhzan, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat semakin meruncing pada ketika ini.

Mohd Fakhzan bergambar bersama ahli Pemadam Yan.
Mohd Fakhzan bergambar bersama ahli Pemadam Yan.

"Atas sebab itulah kita memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan gejala ini dapat dikurangkan ataupun disifarkan secara terus.

"Sebuah masyarakat yang tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah boleh mencipta kejayaan luar biasa malah boleh memastikan kehidupan mereka lebih baik dan sempurna," katanya.

Tambahnya, pihak Pemadam perlu bekerjasama baik dengan semua agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah.

Artikel Berkaitan:

"Kerjasama ini sangat diperlukan bagi memastikan usaha untuk membanteras dadah dalam kalangan masyarakat dapat dilaksanakan," katanya.