Kaki lima restoran jadi 'port' judi online

Antara individu yang ditahan.
Antara individu yang ditahan.
A
A
A

SERDANG - Menjadikan kaki lima restoran untuk menjalankan kegiatan perjudian online kononnya untuk berselindung daripada dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik lapuk itu berjaya dihidu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam tiga serbuan berasingan di sekitar daerah Serdang dan Subang Jaya, semalam.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Rozam Effandy Raslee berkata, operasi pertama membawa serbuan di kaki lima sebuah restoran di Puchong Jaya.

"Serbuan pada jam 2.30 petang itu membawa tangkapan seorang lelaki tempatan disyaki penjaga.

"Polis kemudian telah merampas empat unit tablet serta wang tunai RM115," katanya kepada Sinar Harian.

Barang yang dirampas.
Barang yang dirampas.

Selain itu, sebelum itu, polis telah menggempur di laluan kaki lima bangunan rumah kedai di Serdang Perdana, Serdang dan sebuah premis di Subang Jaya kira-kira jam 1 petang.

Katanya, seramai lapan lelaki termasuk tiga warga Myanmar merupakan penjaga, pekerja dan pemain telah ditahan.

Artikel Berkaitan:

"Serbuan ini turut membawa pelbagai barang rampasan antaranya tablet, komputer riba, modem, kerusi sofa serta wang tunai," katanya.

Tambahnya, siasatan mendapati, kegiatan aktiviti perjudian mula aktif sejak sebulan lalu ini menawarkan pertaruhan serendah RM10 dengan menyediakan peranti kepada pemain yang juga merupakan pelanggan tetap.

"Siasatan masih dijalankan dan kesemua tangkapan berusia lingkungan 26 hingga 55 tahun ini disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.