X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Dicekup ketika menginap di hotel

A
A

TAMPIN - Cubaan seorang lelaki menjual dadah di sekitar kawasan Felda di Negeri Sembilan gagal apabila ditahan ketika singgah menginap di sebuah hotel di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan bersama beberapa peket dadah dianggarkan bernilai RM45,150 dalam serbuan jam 6 petang.

"Hasil pemeriksaan menemui 40 paket plastik yang mengandungi dadah jenis heroin dengan anggaran berat 1,005 gram dan satu paket plastik yang mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 150 gram," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

"Serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan risikan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tampin.

Menurutnya, kesemua dadah itu ditemui dalam sebuah beg galas dianggarkan bernilai keseluruhan RM45,150.

Ujarnya, suspek dipercayai baharu sampai dari Kuala Lumpur dan menjadikan hotel terbabit sebagai transit sebelum meneruskan perjalanan ke sekitar Felda Jelai dipercayai untuk mengedar dadah.

"Hasil siasatan mendapati dadah berkenaan untuk dijual sekitar Pekan Pasir Besar, Felda Jelai, Gemas, dan Felda Palong, Jempol serta beberapa kawasan sekitarnya.

"Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methaphetamine," katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!