FAMA sedia bantu petani pasarkan hasil tani

Marzuki sedang menyusun bunga kantan sebelum dipunggah oleh pihak FAMA untuk dipasarkan. -Foto FAMA Pahang
Marzuki sedang menyusun bunga kantan sebelum dipunggah oleh pihak FAMA untuk dipasarkan. -Foto FAMA Pahang
A
A
A

KUANTAN - Petani di Pahang tidak perlu bimbang kerana memikirkan platform dan akses terbaik untuk memasarkan hasil tani masing-masing.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang, Saiful Sadri berkata, sebaliknya petani hanya perlu mendapatkan bantuan, jika mereka mahu bantuan daripada FAMA.

Menurutnya, banyak sumber untuk mem bantu mereka memasar hasil tani seperti mengadakan aktiviti Pasar Tani di lokasi terpilih dalam negeri ini.

"Saya maklum petani, Marzuki Mustaffa di Kampung Temalian, Ulu Dong, Raub telah mengeluarkan kira-kira 10,000 kuntum buangan kantan seminggu dan dia tidak memiliki kenderaan sesuai untuk memasarkan produk berkenaan.

"Jadi, FAMA daerah Raub telah menyediakan kemudahan kenderaan pacuan empat roda untuk menghantar hasil pertanian berkenaan, usaha berkenaan antara perkhidmatan yang disediakan pihaknya kepada petani yang merupakan peserta ladang kontrak kita (FAMA)," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau menjelaskan, perkhidmatan yang disediakan itu mampu memberi pendapatan yang lebih kepada petani.

Menurutnya, ini kerana petani. dapat memasarkan produk terus kepada pemborong dalam jumlah yang banyak dalam satu masa.

"Bila mereka dapat perluaskan pasaran sudah pasti perolehan akan meningkat, sekali gus dapat memberi pulangan lumayan pada mereka," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap petani di Pahang dapat berhubung dengan FAMA daerah bagi mendapat pandangan seterusnya peluang pemasaran yang lebih luas hasil pertanian mereka.