Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: Kes harian baharu kekal bawah 1,500

Kes harian baharu Covid-19 kekal bawah 1,500 setakat Jumaat setelah negara mencatat kes tiga angka pada 3 Mei lepas. - Gambar hiasan
Kes harian baharu Covid-19 kekal bawah 1,500 setakat Jumaat setelah negara mencatat kes tiga angka pada 3 Mei lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes harian baharu Covid-19 kekal bawah 1,500 setakat Jumaat setelah negara mencatat kes tiga angka pada 3 Mei lepas.

Menurut data CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat jam 11:59 malam 6 Mei 2022, sebanyak 1,251 kes harian baharu dilaporkan pada Jumaat, meningkatkan kes kumulatif kepada 4,455,364 sementara kes aktif sebanyak 26,099.

Kes harian baharu sebanyak 922 yang direkod pada 3 Mei adalah yang terendah untuk tahun ini setelah angka kes melonjak sehingga lima angka kepada 33,406 pada 5 Mac 2022.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menyusut kepada hanya 31,833 pada hari berkenaan (Selasa) berbanding 311,206 pada 5 Mac 2022.

Kali terakhir Malaysia mencatat kes tiga angka ialah pada 29 Mac 2021 iaitu sebanyak 941 kes dengan kes kumulatif sebanyak 342,885 kes.

Selepas kes tiga angka pada 3 Mei, angka kes harian baharu negara meningkat sedikit kepada empat angka iaitu 1,054 kes (4 Mei) dan 1,278 (5 Mei).

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (30 April hingga 6 Mei 2022):-

30 April (2,107), 1 Mei (1,503), 2 Mei (1,352), 3 Mei (922), 4 Mei (1,054), 5 Mei (1,278) dan 6 Mei (1,251).

Artikel Berkaitan:

Dengan sebanyak 4,455,364 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,002,870) dan Mexico (5,740,080).

Dalam kalangan 226 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jerman mencatat kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak 86,026 dengan 248 kematian, diikuti Amerika Syarikat 77.116 kes (291 kematian) dan Itali 43,947 kes (125 kematian).

Sementara itu, data CovidNow KKM setakat jam11:59 malam 6 Mei 2022 menunjukkan sebanyak 24,978 kes (95.7 peratus) dikuarantin di rumah daripada 26,099 kes aktif Covid-19.

Sebanyak 19 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,026 kes (3.9 peratus) di hospital; 37 kes (0.1 peratus) di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) sementara 39 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Sebanyak 2,599 kes sembuh dilaporkan pada 6 Mei dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,393,689 kes.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini kekal bawah paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

30 April ( 0.61), 1 Mei (0.60), 2 Mei (0.62), 3 Mei (0.58), 4 Mei (0.54), 5 Mei ( 0.53) dan 6 Mei (0.52).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 5 Mei 2022 ialah Pulau Pinang (0.76), Melaka (0.75) dan WP Kuala Lumpur (0.72).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh:-

30 April (6,890), 1 Mei (5,839), 2 Mei (6,074), 3 Mei (5,520), 4 Mei (4,107), 5 Mei (2,599) dan 6 Mei (2,599).

* kes kumulatif sembuh sehingga 6 Mei 2022 sebanyak 4,393,689.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

30 April (45,506), 1 Mei (41,167), 2 Mei (36,440), 3 Mei (31,833), 4 Mei (28,777), 5 Mei (27,454) dan 6 Mei (26,099).

Perincian kes harian baharu (1,251 kes) mengikut negeri, setakat jam 11:59 malam 6 Mei 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka - Selangor 438 (+0), WP Kuala Lumpur 284 (+0) dan Pulau Pinang 100 (+0);

K​​​​es harian baharu dua angka - Johor 45 (+5), Kedah 61(+0), Kelantan 15 (+0), Melaka 55 (+2), Negeri Sembilan 43 (+0), Pahang 26 (+1), Perak 64 (+0), Perlis 14 (+0), Sabah 26 (+0), Sarawak 34 (+0), Terengganu 19 (+0) dan WP Putrajaya 16 (+1);

Kes baharu satu angka: WP Labuan 2 (+0).

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

30 April - Kes baharu: 2,107 kes ; Kes kumulatif: 4,448,004 kes ; Kes import: 16 kes.

1 Mei - Kes baharu: 1,503 kes ; Kes kumulatif: 4,449,507 kes; Kes import: 6 kes.

2 Mei - Kes baharu: 1,352 kes ; Kes kumulatif: 4,450,859 kes ; Kes import: 4 kes.

3 Mei - Kes baharu: 922 kes ; Kes kumulatif: 4,451,781 kes; Kes import: 1 kes.

4 Mei - Kes baharu: 1,054 kes ; Kes kumulatif: 4,452,835 kes ; Kes import: 1 kes.

5 Mei - Kes baharu: 1,278 kes ; Kes kumulatif: 4,454,113 kes; Kes import: 3 kes.

6 Mei - Kes baharu: 1,251 kes; Kes kumulatif: 4,455,364 kes; Kes Import: 9 kes.

Sementara itu, masih terdapat sebanyak 75 kluster aktif dalam negara setakat 6 Mei 2022. Secara keseluruhan, sebanyak 7,010 kluster dikesan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, hanya satu (1) kluster dikesan, iaitu kategori kumpulan berisiko tinggi yang diumumkan pada 30 April 2022.

Menurut CovidNow KKM, kluster berkenaan - Kluster Jalan Bakawali 22 dikesan di Johor Bahru (Johor) dan sebanyak 26 kes positif dikesan setakat tarikh diumumkan.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

30 April - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1);

1 Mei - Tiada kluster

2 Mei - Tiada Kluster

3 Mei - Tiada kluster

4 Mei - Tiada Kluster

5 Mei - Tiada kluster

6 Mei - Tiada kluster.

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

30 April - 5 (BID 0), 1 Mei - 3 (BID 1 ), 2 Mei - 5 (BID 1 ), 3 Mei - 9 (BID 5 ), 4 Mei -3 (BID 0), 5 Mei - 2 (BID 0) dan 6 Mei 7 (BID 2).

*Jumlah kes kematian sehingga 6 Mei 2022, sebanyak 35,576 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 516,447,605 (Rangkuman Mingguan lalu 512,830,834 kes) dengan 6,274,493 kematian (Minggu lalu 6,259,110 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 471,124,276 kes berbanding 466,634,879 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 226 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turki.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 83,534,060 (+77,116);

India 43,098,285 (+3,737);

Brazil 30,643,908 (+19,725);

Perancis 28,890,139 (+40,224);

Jerman 35,389,590 (+86,026);

United Kingdom 22,114,034 (+6,551);

Rusia 18,216,719 (+5,541);

Korea Selatan 17,464,782 (+26,714).

Itali 16,726,990 (+43,947)

Turki 15,040,238 (+1,743).

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 125 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 -10,670,570 (+3,819);

Indonesia di tangga 19 - 6,047,986 (+245);

Malaysia di tangga 23 - 4,455,364 (+1,251);

Thailand di tangga 24 - 4,308,319 (+7,705);

Filipina di tangga 32 - 3,686,693 (+150);

Singapura di tangga 51 - 1,212,337(+3,420);

Myanmar di tangga 78 - 613,017 (+52);

Laos di tangga 110 - 208,368 (+tiada maklumat);

Brunei di tangga 121 - 142,465 (+x153): dan

Kampuchea di tangga 123 - 136,260 (+1).

- Bernama