Covid-19: Tujuh kematian baharu direkod, dua BID

 Foto AFP
Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tujuh kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah malam Jumaat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal CovidNow melaporkan dua daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Jumlah korban tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,576 orang.

Sementara itu, data KKM turut melaporkan terdapat 1,251 kes baharu Covid-19 sekali gus menjadikan sehingga kini angka jangkitan berkenaan meningkat kepada 4,455,364 kes.

Kes harian itu membabitkan 1,242 kes penularan tempatan dengan sembilan lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 26,099 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Ia melibatkan, 95.7 peratus 24,978 individu sedang menjalani kuarantin di rumah manakala seramai 19 orang yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Manakala sebanyak 1,026 kes dirawat di hospital dan 76 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 37 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 39 lagi memerlukan mesin ventilator.