Edar arak percuma di bandar Melaka tidak patut berlaku!

Penganjur Pasar Malam Jonker Walk didakwa mengadakan aktiviti pemberian minuman keras secara percuma di depan sebuah gereja, Sabtu lalu.
Penganjur Pasar Malam Jonker Walk didakwa mengadakan aktiviti pemberian minuman keras secara percuma di depan sebuah gereja, Sabtu lalu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Tindakan penganjur pasar malam jonker Walk, di sini, yang didakwa membenarkan aktiviti pengedaran minuman alkohol secara percuma, Sabtu lalu, tidak seharusnya berlaku.

ADUN Kota Laksmana, Low Chee Leong berkata, perbuatan itu bukan sahaja dikritik, namun seolah-olah tiada nilai sensitiviti agama lebih-lebih lagi diadakan di depan pekarangan sebuah gereja di kawasan berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu telah menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama memandangkan insiden terbabit berlaku ketika cuti persekolahan dan menjadi tumpuan lokasi pelancongan termasuk kehadiran pengunjung Melayu.

"Saya kritik perbuatan pihak penganjur pasar malam Jonker Walk yang dilihat hanya mementingkan kutipan bayaran tanpa mengambil kira nilai sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini, khusus di Melaka.

"Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) harus mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur dengan menarik balik lesen penganjuran," katanya.

Sementara itu, Pas negeri turut menyelar penganjuran berkenaan di kawasan tumpuan pelancong dan dianggap telah mencalarkan imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang terkenal.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek berkata, kerajaan negeri sepatutnya bersikap lebih tegas dalam menangani perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik negeri ini yang berlaku di kawasan terbuka dan tumpuan ramai.

"Saya difahamkan promosi percuma minuman keras telah diadakan berhadapan dengan gereja Methodist, dan ianya sangat tidak menghormati sensitiviti penganut ajaran Katolik.

Artikel Berkaitan:

"Kami menggesa Ketua Menteri, serta kerajaan PH termasuk Exco yang terlibat tidak bersikap lepas tangan atau membiarkan ia berlaku demi memelihara dan menjaga sensitiviti masyarakat," katanya.