Covid-19: KKM lapor 26 lagi kluster baharu pendidikan

Gambar hiasan. Foto: Bernama
Gambar hiasan. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 terus dikesan di institusi pendidikan negara dengan kesemua 26 kluster baharu yang dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (16 April hingga 21 April 2022) adalah kluster berkenan.

Sebanyak 10 kluster dilaporkan pada 16 April, enam kluster (17 April), lima kluster (19 April), empat kluster (20 April) dan satu kluster (21 April).

Menurut data CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga pukul 11:59 malam 21 April 2022, sebanyak enam kluster mencatat kes positif Covid-19 tiga angka seperti berikut:

KlusterJalan Labu, Negeri Sembilan dan Selangor (20 April) - 126 kes;

Kluster Km132 Ayer Pa’abas, Melaka (19 April) - 148 kes;

Kluster Jalan Padang Tembak Kluang 2, Kluang, Johor (17 April) - 100 kes;

Kluster Jalan Kolej Yayasan 2, Melaka (16 April) - 104 kes;

Kluster Jalan Pondok Upeh 2, Pulau Pinang (16 April) - 101 kes dan

Kluster Batu 13, Jalan Cheras 2, Selangor (16 April) - 100 kes

Untuk rekod, sebanyak 24 kluster pendidikan dilaporkan minggu lalu, daripada 27 kluster baharu untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (9 April hingga 15 April 2022).

Sementara itu, angka kes harian baharu Covid-19 negara terus menurun dan semalam (21 April) di bawah 6,000 iaitu sebanyak 5,899 kes dengan Selangor sahaja menyumbang sebanyak 3,579 kes.

Kes kumulatif Covid-19 Malaysia kini sebanyak 4,415,101 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menyusut kepada 88,184 kes.

Angka kes Covid-19 yang direkod pada Khamis adalah yang terendah untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini. Kes terendah Covid-19 untuk tahun 2022 setakat ini ialah sebanyak 2,342 pada 17 Januari.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

16 April (9,705), 17 April (6,623), 18 April (7,140), 19 April (6,069), 20 April (6,968) dan 21 April (5,899).

Mulai 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik sebagai exit strategy untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Kes sembuh terus mengatasi angka kes harian baharu sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, seperti berikut:-

16 April (14,346), 17 April (11,233), 18 April (14,423), 19 April (10,619), 20 April (8,267) dan 21 April (8,434).

Dengan sebanyak 4,415,101 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (4,996,411) dan Australia (5,563,871).

Dalam kalangan 226 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jerman mencatat angka kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak139,849 dengan 390 kematian, diikuti Perancis 104,007 kes (185 kematian) dan Korea Selatan 90,825 kes (147 kematian).

Sementara itu, data CovidNow KKM setakat pukul 11:59 malam, 21 April 2022 menunjukkan daripada 88,184 kes aktif Covid-19, sebanyak 86,284 kes (97.8 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 159 kes (0.2 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,649 kes (1.9 peratus) di hospital; 31 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 61 kes (0.1peratus) di ICU memerlukan ABP.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, hanya Selangor mencatat ke empat (4( angka), seperti berikut:-

16 April - Selangor (6,568)

17 April - Selangor (4,137);

18 April - Selangor (5,020);

19 April - Selangor (3,180);

20 April - Selangor (4,651) dan

21 April - Selangor (3,579).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar pada Jumaat, daripada 5,899 kes harian baharu direkod pada 21 April, kategori 1 sebanyak 2,582 kes (43.77 peratus); kategori 2 sebanyak 3,294 kes (55.84 peratus); kategori 3 sebanyak 8 kes (0.14 peratus); kategori 4 sebanyak 10 kes (0.17 peratus) dan kategori 5 sebanyak 5 kes (0.08 peratus).

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 8,434 kes sembuh pesakit Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,291,447 (97.2 peratus).

Sebanyak 56 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai Covid-19 setakat semalam dan 34 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini kekal bawah paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

16 April (0.85), 17 April (0.86), 18 April (0.88), 19 April (0.86), 20 April (0.84) dan 21 April (0.81).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 21 April 2022 ialah WP Putrajaya (0.90), Selangor (0.88) dan Perak (0.85).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara setakat Khamis 21 April 2022 sebanyak 101 kluster. Secara keseluruhan, sebanyak 7,000 kluster dikesan dan 6,899 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, sebanyak 26 kluster baharu direkod dan kesemuanya adalah kluster pendidikan.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

16 April - 10 (pendidikan 10);

17 April - 6 (pendidikan 6);

18 April - TIADA (TIADA);

19 April - 5 (pendidikan 5);

20 April - 4 (pendidikan 4) dan

21 April - 1 (pendidikan 1).

- Bernama