Jeritan terakhir anak memanggil abah

Mohd Fazlan Nizam (depan) dan isteri (tudung hitam) reda dengan pemergian dua anak mereka yang terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah kedia di Bandar Seri Iskandar pada Khamis.
Mohd Fazlan Nizam (depan) dan isteri (tudung hitam) reda dengan pemergian dua anak mereka yang terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah kedia di Bandar Seri Iskandar pada Khamis.
A
A
A

PARIT - Abah... abah. Itu jeritan terakhir dapat didengar seorang lelaki dalam insiden kebakaran sebuah rumah kedai yang mengorbankan dua anaknya di Bandar Seri Iskandar di sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu mengorbankan Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan selepas terperangkap dalam sebuah bilik di rumah kedai terbabit.

Ketika kejadian, dua beradik terbabit sedang nyenyak tidur di bilik hadapan tingkat 2 bangunan, sementara ibu bapanya sedang bersahur di tingkat bawah.

Bapa mangsa, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, sebaik menyedari kebakaran berlaku, dia segera naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan dua anaknya itu.