362 daripada 528 tahanan lolos berjaya ditahan semula

Tahanan dikatakan melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan grill penghadang. Foto tular media sosial
Tahanan dikatakan melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan grill penghadang. Foto tular media sosial
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 362 daripada 528 orang tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang pada Rabu berjaya ditangkap semula.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi apabila tahanan melarikan diri dengan memecahkan pintu blok dan grill penghadang.

"Gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Khairul Dzaimee berkata, pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan yang lari ini dipohon supaya memaklumkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia atau PDRM," ujarnya.

Khairul Dzaimee
Khairul Dzaimee

ARTIKEL BERKAITAN:

362 daripada 528 tahanan lolos berjaya ditahan semula

6 PATI maut kemalangan, 229 tahanan ditahan semula

700 tahanan depot Imigresen lari

Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai