Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai

Kira-kira 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini melarikan diri.
Kira-kira 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini melarikan diri.
A
A
A

BANDAR BAHARU - Penduduk Kampung Relau di sini terkejut selepas terdengar bunyi bising sebelum menyedari kira-kira 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini melarikan diri.

Penduduk, Mohd Safuan Mohd Rozi, 19, berkata, bunyi bising dari luar rumah sehingga menimbulkan kebimbangan menyebabkan penduduk keluar untuk melihat apa berlaku.

"Kami panggil kawan-kawan lain dan saya sempat tarik seorang (tahanan) bubuh (masuk) dalam trak," katanya.

Mohd Safuan
Mohd Safuan

Sementara itu, Eiman Aliff Md Khairun, 19, berkata, perasaan takut dan terkejut setelah melihat tahanan keluar dari depot secara beramai-ramai.

"Saya dengar bunyi bising dan ada orang minta tolong, masa itu saya dengan kawan, ada juga yang pergi tangkap," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai kira-kira 700 PATI dari Depot Sementara Imigresen Relau dilaporkan melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi Rabu.

Bagaimanapun, enam dilaporkan maut dalam kemalangan ketika melintas Lebuhraya Utara Selatan manakala seramai 229 lagi berjaya diberkas semula di Kilometer 168 lebuh raya sama.

Eiman Aliff
Eiman Aliff

ARTIKEL BERKAITAN:

362 daripada 528 tahanan lolos berjaya ditahan semula

6 PATI maut kemalangan, 229 tahanan ditahan semula

700 tahanan depot Imigresen lari

Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai