700 tahanan depot Imigresen lari

Tahanan dipercayai terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Myammar dilihat melarikan diri beramai-ramai dari depot berkenaan. Foto tular media sosial
Tahanan dipercayai terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Myammar dilihat melarikan diri beramai-ramai dari depot berkenaan. Foto tular media sosial
A
A
A

BANDAR BAHARU - [DIKEMAS KINI] Seramai 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Depot Sementara Imigresen Relau dilaporkan melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi Rabu.

Tahanan dipercayai terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Myammar dilihat melarikan diri beramai-ramai dari depot berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dikatakan telah menahan semula sebahagian daripada tahanan dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu Kedah dan IPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Kesemua tahanan dikatakan ditempatkan sementara di depot terbabit sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.

Difahamkan, sidang media berhubung kejadian itu dijangka dibuat Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud pada Rabu.

Seramai 700 PATI yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini, dilaporkan melarikan diri dalam kejadian awal pagi tadi. Foto tular media sosial
Seramai 700 PATI yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini, dilaporkan melarikan diri dalam kejadian awal pagi tadi. Foto tular media sosial

ARTIKEL BERKAITAN:

362 daripada 528 tahanan lolos berjaya ditahan semula

6 PATI maut kemalangan, 229 tahanan ditahan semula

700 tahanan depot Imigresen lari

Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai