Tiga suspek kes Sungai Kim Kim didakwa

Suspek kes pencemaran Sungai Kim Kim dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk pertuduhan sebentar tadi.
Suspek kes pencemaran Sungai Kim Kim dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk pertuduhan sebentar tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Tiga tertuduh kes pencemaran Sungai Kim Kim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pagi ini.

Ketiga-tiga lelaki terbabit tiba di mahkamah jam 9.05 pagi dengan kawalan ketat polis.

Dua daripada suspek yang memakai tshirt berwarna putih menutup muka dengan topeng muka manakala seorang lagi suspek menutup muka dengan baju berwarna coklat yang dipakainya.

Kelihatan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Muhammad Ezani Mat Salleh turut tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 pagi.

Media pelbagai agensi turut menanti ketibaan suspek seawal jam 8 pagi.

Semasa prosiding, pendakwa memaklumkan mahkamah, tertuduh pertama, pemandu lori telah ditangkap di Batu Gajah, Perak 17 Mac lalu.

Sementara, tertuduh kedua dan ketiga merupakan pengarah syarikat berjaya ditangkap di Segamat dan Yong Peng.

Pihak pendakwaan memohon tiada ikat jamin diberikan kepada ketiga-tiga tertuduh kerana kecenderungan untuk melarikan diri.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, peguam syarikat menafikan dua anak guamnya yang merupakan pengarah syarikat melarikan diri susulan kes pencemaran Sungai Kim Kim.

Hakim minta tertuduh ketiga kes pencemaran kimia membuka topeng muka sebelum pertuduhan dibacakan dengan mengatakan, "dalam mahkamah tak ada kimia pun, bukalah (topeng muka)".

Tertuduh ketiga merupakan warganegara Singapura.

Hakim kemudian benarkan jaminan kepada tertuduh pertama (pemandu lori) dan kedua (pengarah syarikat) masing-masing dengan RM100,000 dan RM250,00 manakala tertuduh ketiga (pengarah syarikat) yang merupakan warganegara Singapura tidak dibenarkan jaminan.