Covid-19: 9,705 kes baharu, 12 kematian

Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Sabtu sedikit meningkat iaitu 9,705 kes. - Foto Bernama
Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Sabtu sedikit meningkat iaitu 9,705 kes. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Sabtu sedikit meningkat iaitu 9,705 kes berbanding Jumaat iaitu 9,648 kes menjadikan jumlah jangkitan kumulatif kepada 4,382,402 kes.

Berdasarkan portal CovidNow, jumlah kes aktif pada masa ini sebanyak 108,523 menurun berbanding sehari sebelumnya iaitu 113,175 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes baharu yang tertinggi iaitu 6,184 kes, diikuti Kuala Lumpur (683), Perak (505), Negeri Sembilan (504), Johor (313), Pulau Pinang (302), Melaka (263), Kedah (189), Sarawak (189), Terengganu (148), Pahang (132), Sabah (101), Kelantan (77), Putrajaya (59), Perlis (14) dan Labuan (10).

Sementara itu, sebanyak 12 lagi kes kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan dengan enam daripadanya adalah kes mati ketika dibawa ke hospital (BID).

Sepanjang minggu lepas, purata 18.4 kes kematian Covid-19 telah dilaporkan dan setakat ini sejumlah 35,409 orang telah meninggal akibat wabak ini.

Bagi kes yang dirawat di hospital pula, sejumlah 2,268 pesakit Covid-19 dengan 134 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Artikel Berkaitan: