Pemilihan PKR 2022: Hanya 15,000 berdaftar dalam talian

Zaliha
Zaliha
A
A
A

SHAH ALAM - Hanya lima peratus atau kira-kira 15,000 daripada 300,000 pemilih yang akan mengundi dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 berdaftar secara dalam talian setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terlalu rendah berbanding sasaran awal 100,000 dan pihaknya mengharapkan ia meningkat kepada sekurang-kurangnya 80,000 menjelang tarikh akhir pendaftaran mengundi secara dalam talian pada 21 April ini.

Menurutnya, walaupun pengundian dilakukan secara hibrid iaitu fizikal dan dalam talian, tetapi pihaknya menggalakkan anggota parti yang ingin mengundi mendaftar dalam talian.

“Kita galakkan anggota parti menggunakan digital kerana sistem itu dapat mengemaskini keanggotaan yang terkini dan lengkap serta memudahkan pemilihan.

“Selain itu, ia dapat mengurangkan kesesakan sewaktu pengundian dan kemungkinan kekecohan yang mungkin berlaku serta mengurangkan kos.

Setakat ini, kita hanya wajibkan calon dan pencadang sebagai pengundi atas talian (PAT),” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Sementara itu katanya, proses bantahan terhadap calon dalam pemilihan kali ini telah ditutup pada Jumaat dan pihaknya kini dalam proses mengumpul dan melihat bantahan-bantahan yang telah dibuat.

Artikel Berkaitan: