Lelaki ditahan bantu siasatan dakwaan hina Nabi Muhammad SAW

Abd Jalil
Abd Jalil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Muda, Shah Alam pada jam 11.15 pagi Isnin.

"Kita turut merampas satu telefon bimbit jenama iPhone XR beserta kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut pada Khamis.

"Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat esok," katanya dalam kenyataan pada Isnin.