Pekerja kilang rugi RM24,000

Anbalagan
Anbalagan
A
A
A

BALIK PULAU - Seorang pekerja kilang kerugian RM42,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis dalan kejadian Khamis lalu.

Mangsa yang berusia 43 tahun dikatakan menerima penggilan telefon dari Hospital Pulau Pinang memperkenalkan diri dengan nama Christopher Anak Anor.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, lelaki itu memberitahu mangsa terdapat seorang individu telah menggunakan kad pengenalannya untuk mengambil ubat terkawal di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya, mangsa menafikan melakukan perbuatan itu dan tidak mengenali individu yang menggunakan kad pengenalannya.

"Lelaki berkenaan kemudiannya meminta pengadu membuat laporan dan pengadu telah disambungkan kepada seorang anggota polis.

"Anggota polis itu mendakwa nama pengadu telah disenarai hitam kononnya dia terlibat jenayah senjata api. Dia dimaklumkan akan ditangkap disebabkan jenayah yang dilakukan dan diminta buat pembayaran jika tidak mahu diambil tindakan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bimbang dengan keadaan itu, mangsa telah melakukan empat transaksi atas talian berjumlah RM24,000 dengan memasukkan wang berkenaan ke dalam nombor akaun diberi.

Anbalagan berkata, mangsa dihubungi suspek dan meminta untuk memasukkan lagi sejumlah wang namun dia mula berasa diperdaya sebelum membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diingatkan tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali dan sentiasa berhati-hati dengan penyamaran pihak tertentu yang meminta wang atau maklumat bank," katanya.