Yakult sumbang minuman untuk Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf

Siew Ling (kiri) menyerahkan minuman Yakult sebagai simbolik kepada Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah pada Jumaat.
Siew Ling (kiri) menyerahkan minuman Yakult sebagai simbolik kepada Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Yakult (Malaysia) Sdn Bhd menyumbang minuman probiotik untuk orang ramai yang hadir menyertai Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf sehingga 29 April ini.

Pengurus Perhubungan Awamnya, Lim Siew Ling berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial syarikat berkenaan kepada masyarakat.

“Untuk program berbuka puasa kali ini, sebanyak 1,200 botol Yakult akan disumbangkan untuk program iftar anjuran Kumpulan Karangkraf,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan bukan kali pertama dilakukan kerana pada tahun sebelumnya Yakult turut menyumbang untuk program berbuka puasa bersama petugas barisan hadapan termasuk media.

Mengulas lanjut mengenai promosi sepanjang Ramadan, Siew Ling berkata, Yakult menawarkan hadiah kotak misteri bagi setiap pembelian 30 botol ke atas.

“Hadiah kotak misteri itu boleh ditebus menerusi Wanita Yakult, promoter Yakult atau boleh imbas kod QR yang terdapat pada iklan kempen di rak pasar raya,” jelasnya.

Selain itu katanya, pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah peralatan sajian eksklusif Le Creuset serta barangan elektrik dengan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi www.yakult.com.my.

Artikel Berkaitan: