Menu Mi Segera Pan Mee VIT’S di Iftar Ala Madinah

Pengarah Eksekutif Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd, YT Lai (tengah) bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Nur Sakinah, Petaling Jaya ketika hadir di Iftar ala Madinah pada Jumaat.
Pengarah Eksekutif Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd, YT Lai (tengah) bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Nur Sakinah, Petaling Jaya ketika hadir di Iftar ala Madinah pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar makanan segera, Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd melancarkan jenama baharu produk ‘Mi Segera Pan Mee’ semasa program Iftar ala Madinah pada Jumaat. Pengarah Eksekutifnya, YT Lai berkata, pelancaran julung kali di Kompleks Kumpulan Karangkraf itu adalah bersempena meraikan kemeriahan bulan Ramadan yang disambut oleh umat Islam.

Mi Segera Pan Mee produk terbaharu keluaran VIT’S.
Mi Segera Pan Mee produk terbaharu keluaran VIT’S.

“Ini merupakan kali kedua kami bekerjasama bersama Sinar Harian melalui Program Iftar Ala Madinah. Dengan adanya program sebegini ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara VIT’S dan pengguna.

“Kami juga membawa sedikit kelainan tahun ini kerana kita membawa anak-anak dari Pertubuhan Nur Sakinah, Petaling Jaya, Selangor untuk samasama berkongsi rezeki,” katanya.

Lai (kiri) dan Pengarah Eksekutif Grup Media Karangkraf, Farah Hussamuddin turut hadir sempena gimik pelancaran ‘Mi Segera Pan Mee’ pada Jumaat.
Lai (kiri) dan Pengarah Eksekutif Grup Media Karangkraf, Farah Hussamuddin turut hadir sempena gimik pelancaran ‘Mi Segera Pan Mee’ pada Jumaat.

VIT’S turut menghidangkan 1,000 pek Mi Segera Pan Mee baharu dan dimasak sendiri oleh Lai kepada pengunjung semasa program Iftar berkenaan.

“Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang agama dan bangsa, saya melihat perbezaan itu sebagai satu nilai keunikan yang tersendiri.

“Pan Mee ini berasal daripada masyarakat Cina Malaysia. Mi Segera Pan Mee mudah dan cepat disediakan dengan hanya tiga minit. Dengan tekstur yang kenyal tidak mudah kembang, anda boleh mencuba pelbagai menu masakan dengan menggunakan Mi Segera Pan Mee.

“Biasanya Pan Mee dijual dalam jenis basah, tetapi inovasi produk VIT’S ini dapat memudahkan pengguna kerana ia di datangkan dalam jenis kering,” kata Lai.

Lai menunjukkan kebolehannya dengan memasak sendiri Mi Segera Pan Mee untuk dihidangkan kepada para tetamu.
Lai menunjukkan kebolehannya dengan memasak sendiri Mi Segera Pan Mee untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Menurutnya, produk ini boleh didapati di pasaraya seluruh Malaysia dan juga boleh membuat pembelian dalam talian. Pengguna boleh lawati laman sesawang www.vitsnoodles.com untuk keterangan lanjut tentang produk ini.