Iftar ala Madinah: Wen Ken taja air penyejuk badan

Wen Ken menaja lebih 1,000 produk air penyejuk badan Cap Kaki Tiga dan Cooltopia sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf pada Jumaat.
Wen Ken menaja lebih 1,000 produk air penyejuk badan Cap Kaki Tiga dan Cooltopia sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat Wen Ken Marketing (M) Sdn Bhd (Wen Ken) menyumbang lebih 1,000 produk keluarannya termasuk Cooltopia sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf pada Jumaat.

Pengurus pemasarannya, Jason Hong berkata, sumbangan berkenaan bagi menghargai pelanggan kerana memberi kepercayaan terhadap produk keluaran syarikatnya yang sudah berpengalaman lebih 80 tahun dalam pembuatan air penyejuk badan.

"Ini merupakan sumbangan julung kali diadakan bagi meraikan umat Islam menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadan.

"Pada program hari ini (Jumaat) kita menaja lebih 1,000 produk air penyejuk badan Cap Kaki Tiga dan Cooltopia untuk program ini di mana pengunjung yang datang akan menerima satu botol secara percuma setiap seorang," katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Hong, tetamu dan pengunjung yang hadir dapat menerima produk kesinambungan daripada produk klasik iaitu air penyejuk badan Cap Kaki Tiga iaitu Coottopia yang mempunyai empat perisa iaitu laici, jambu batu, limau dan peach.

Tambahnya, air penyejuk badan Cooltopia itu dapat memberikan kesegaran kepada pengunjung kerana ia merupakan minuman yang sihat selain tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna tiruan.

"Bagi mereka yang kurang sukakan minuman manis boleh mengambil minuman perisa peach bagi merasai kesegaran sebenar daripada buah-buahan.

"Selain pengunjung merasai 'sample' kesemua produk ini, kita juga ada promosi hebat ditawarkan iaitu dua pakej dengan harga istimewa kepada pengunjung serta mereka yang membeli produk ini pada harga RM20 ke atas akan dapat cabutan hadiah dan memenangi hadiah," jelasnya.

Pengunjung hadir ke reruai Syarikat Wen Ken Marketing (M) Sdn Bhd (Wen Ken) untuk mendapatkan produk air penyejuk badan Cap Kaki Tiga dan Cooltopia.
Pengunjung hadir ke reruai Syarikat Wen Ken Marketing (M) Sdn Bhd (Wen Ken) untuk mendapatkan produk air penyejuk badan Cap Kaki Tiga dan Cooltopia.

Ujar Hong, program iftar berkenaan merupakan sebuah program amat bermakna kerana memupuk semangat muafakat sesama pengunjung yang hadir selain mengeratkan persaudaraan masyarakat tanpa mengira bangsa.

Menurut Hong, pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan Karangkraf pada masa akan datang dalam usaha membantu meringankan beban masyarakat terutama dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

"Kita harap program Iftar ala Madinah dapat sambutan baik daripada masyarakat sebab ia merupakan sebuah program yang amat bagus kerana selain memberi malah mengeratkan hubungan antara kaum.

"Sememangnya visi syarikat kita adalah menekankan ciri-ciri utama iaitu kepercayaan, empati dan mempunyai rasa bersyukur serta berterima kasih kepada masyarakat menerusi kerja-kerja kebajikan dan amal dibuat," ujarnya.

Program Iftar ala Madinah @Karangkraf bermula sejak 24 Mac lalu hingga 18 April ini dan mampu menampung seramai 1,000 pengunjung setiap hari.