18 ditahan miliki dadah di pusat hiburan tak berlesen

15 pengunjung kelab malam yang diserbu di Warisan City View, Cheras didapati positif dadah.
15 pengunjung kelab malam yang diserbu di Warisan City View, Cheras didapati positif dadah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 17 pengunjung kelab malam termasuk lima wanita ditahan kerana didapati memiliki pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Warisan Cityview, Cheras pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohammad Idzam Jaafar berkata, serbuan Bahagian Siasatan Jenayah (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam 12.30 malam itu turut menahan seorang penjaga premis itu kerana beroperasi tanpa lesen yang sah.

Beliau memberitahu, ujian urin terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 56 tahun mendapati 15 daripada mereka positif dadah.

"Kesemua suspek turut dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), mengikut Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara, Fasa Peralihan ke Endemik 2022 ) kerana terlibat dengan aktiviti hiburan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohammad Idzam berkata, pasukan serbuan juga merampas beberapa kelengkapan karaoke dan dadah jenis kanabis dianggarkan seberat 4.89 gram (g), ekstasi (5.15g), serta ketamin (3.21g).

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 12(3), 15(1)(a), serta 39A (1) akta sama.

Artikel Berkaitan: