Masalah padang punca Barcelona gagal beraksi dengan baik

Torres meraikan jaringannya dan berjaya membantu pasukannya mencatatkan keputusan seri di Merchant logo Deutsche Bank Park awal pagi Jumaat.
Torres meraikan jaringannya dan berjaya membantu pasukannya mencatatkan keputusan seri di Merchant logo Deutsche Bank Park awal pagi Jumaat.
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Xavi nyata kecewa dengan persembahan yang ditampilkan pasukannya ketika seri 1-1 menentang Eintracht Frankfurt di Merchant logo Deutsche Bank Park awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Sepanyol itu enggan menyalahkan pemain Barcelona sepenuhnya di atas keputusan seri itu memandangkan mereka tidak boleh bermain dengan baik disebabkan keadaan padang yang teruk di stadium tersebut.

“Saya kecewa dengan keputusan yang diraih namun dalam masa yang sama kita tidak boleh letakkan kesalahan tersebut kepada pemain.

Ini kerana keadaan padang di stadium ini agak teruk sehingga mereka tidak boleh beraksi dengan baik.

“Bagaimanapun saya yakin keputusan positif mampu diraih pasukan apabila bermain di laman sendiri pada minggu hadapan,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Ferran Torres menjadi wira buat Barcelona apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66 dan berjaya menamatkan kelebihan tuan rumah yang berjaya mendapatkan jaringan awal menerusi Angsar Knauff pada minit ke-48.

"Frankfurt lawan yang sangat sukar, mereka memberikan kesulitan buat kami. Perkara paling utama ialah bersabar dan hasilnya kami mendapat gol penyamaan.

"Meskipun ketinggalan pada satu ketika, namun pasukan berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan. Ia adalah keputusan yang sangat penting untuk kami menjelang aksi kedua nanti,” kata Torres.

Artikel Berkaitan: