KPDNHEP Johor keluar 61 kompaun bernilai RM40,000

Anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor melakukan pemeriksaan ke atas peniaga ayam.
Anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor melakukan pemeriksaan ke atas peniaga ayam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor mengeluarkan kompaun berjumlah RM40,000 kepada 61 peniaga di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, antara kesalahan dilakukan termasuklah tidak meletakkan tanda harga, menjual melebihi harga kawalan yang telah ditetapkan dan gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu.

Menurutnya, dalam tempoh Penentuan Harga Maksimum (PHM) bagi ayam dan telur bermula 5 Februari lalu, KPDNHEP Johor telah melakukan 2,900 pemeriksaan meliputi 2,852 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 48 pemeriksaan di peringkat pemborong.

"Hasil daripada pemeriksaan ini, sebanyak 60 notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga bagi tujuan siasatan lanjut.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga didapati melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pengguna di Johor boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan salah laku peniaga sepanjang tempoh SHMMP itu dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada pihak kementerian melalui talian 03–8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC); ii. Call centre 1800 886 800 dan Enforcement Command Centre (ECC) 03–8882 6245/6088.

Selain itu, boleh dibuat melalui nombor aduan WhatsApp KPDNHEP iaitu 019–279 4317; e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my; Aplikasi telefon pintar Ez ADU dan lapor atau hadir ke mana–mana Pejabat Cawangan Daerah KPDNHEP seluruh negeri.

Artikel Berkaitan: