Lelaki dicekup berkhalwat dengan janda, beri alasan rumah penuh

Anggota JAINJ menyerbu bilik hotel berkenaan. Foto JAINJ
Anggota JAINJ menyerbu bilik hotel berkenaan. Foto JAINJ
A
A
A

MUAR - Alasan mahu bermalam di hotel kerana rumah dipenuhi ahli keluarga antara penjelasan yang diberikan seorang lelaki bujang selepas ditahan bersama seorang janda warga asing di sebuah hotel di daerah ini, awal pagi Isnin.

Menurut Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pemeriksaan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu dijalankan anggota dan pegawai penguat kuasa JAINJ.

Jelasnya, penguat kuasa mengetuk pintu bilik hotel dan kira-kira lima minit kemudian, seorang lelaki berusia awal 20-an berpakaian lengkap membukanya.

"Pintu bilik hotel berkenaan dibuka kira-kira tujuh minit selepas diketuk sebelum penguat kuasa memperkenalkan diri dan menjalankan pemeriksaan.

"Di dalam bilik, seorang wanita ditemui sedang duduk di atas lantai, manakala keadaan bilik didapati tidak teratur dengan beberapa barangan peribadi lelaki dan wanita berada di dalam bilik serta bilik air," katanya.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua individu tidak mempunyai hubungan mahram dan bukan pasangan suami isteri.

"Lelaki terbabit bekerja di Kuala Lumpur dan berasal dari Muar, manakala wanita tersebut merupakan warga Indonesia yang bekerja di sebuah kedai makan di daerah ini.

"Pasangan itu dipercayai mendaftar masuk ke hotel sekitar jam 11 malam selepas lelaki berkenaan menjemput wanita terbabit dari tempat kerjanya.

"Ketika disoal siasat, lelaki berkenaan mendakwa menginap di hotel kerana rumah keluarganya penuh sempena musim cuti, manakala wanita itu dikatakan hanya menumpang untuk membersihkan diri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke pejabat JAINJ Muar untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan kedua-dua individu boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya sabit kesalahan," katanya.

-endn

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki bujang dan seorang janda warga asing ditahan di sebuah hotel di Muar kerana tidak mempunyai hubungan mahram
  • Pemeriksaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor kira-kira jam 12.45 tengah malam
  • Kedua-dua individu tersebut tidak mempunyai hubungan mahram dan bukan pasangan suami isteri
  • Lelaki itu mendakwa menginap di hotel kerana rumah keluarganya penuh sempena musim cuti
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!