Jin Wei bermula langkah kanan di Terbuka Korea Selatan

Jin Wei bermula cemerlang di Terbuka Korea Selatan.
Jin Wei bermula cemerlang di Terbuka Korea Selatan.
A
A
A

PEMAIN perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei membuat kemunculan semula dengan langkah kanan apabila mengejutkan pemain Jepun, Asuka Takahashi di Stadium Palma, Suncheon, pada pusingan pertama Terbuka Korea Selatan pada Selasa.

Pemain berusia 22 tahun dari Pulau Pinang itu yang melakukan penampilan terakhirnya pada Jun tahun lalu bermula baik apabila memenangi set pertama 21-19 sebelum lawannya bangkit menyamakan kedudukan 16-21 di set kedua.

Bagaimanapun pemain yang berada di ranking ke-127 dunia itu kembali bangkit di set penentuan untuk menjinakkan lawannya di ranking ke-52, 21-17 dalam masa 53 minit.

Jin Wei bakal berdepan pemain tuan rumah Lee Se Yeo pada pusingan kedua, yang sebelum itu menewaskan pemain Israel, Ksenia Polikarpova 21-7, 21-8.

Gandingan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengenepikan cabaran Bokka Navaneeth-Reddy B Sumeeth dari India, 21-14, 21-12.

Yew Sin-Ee Yi yang merupakan pilihan keenam kejuaraan akan berdepan pasangan muda dari Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang menyingkirkan gandingan dari Jepun, Hiroki Okamura-Masayuki Onodera, 7-21, 21-13, 21-13.

Turut melangkah ke pusingan seterusnya adalah pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang tidak berdepan masalah menewaskan pemain Finland, Kalle Koljonen 21-13, 21-15 untuk berdepan pemain Korea Selatan, Kim Donghun yang menewaskan Kai Schaefer dari Jerman 21-18, 21-12.

Artikel Berkaitan: