Sindiket penyeludupan diesel bersubsidi tumpas

Pam minyak diesel antara dirampas Batolian 5 PGA Simpang Renggam di sebuah premis yang menjalankan kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi di Taman Wawasan, Kulai.
Pam minyak diesel antara dirampas Batolian 5 PGA Simpang Renggam di sebuah premis yang menjalankan kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi di Taman Wawasan, Kulai.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menumpaskan cubaan menyeludup 40,000 liter diesel bersubsidi selepas menahan lima suspek di sebuah premis di Taman Wawasan, Kulai pada Isnin.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata lima suspek terdiri daripada tiga warga tempatan dan dua warga asing berusia lingkungan 34 hingga 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai kira-kira jam 2 petang.

"Dua buah lori turut dirampas selain lima tong minyak kosong 10 liter. Sebuah tong besi telah diubahsuai dengan anggaran 1,000 liter diesel diisi dalam tong itu turut dirampas.

"Selain itu, rampasan juga melibatkan lima unit pam minyak diesel beserta hos, tiga tong minyak berisi diesel anggaran lebih kurang 1,000 liter setiap tong dan sebuah tangki besi (20,000 liter) berisi lebih kurang 16,000 liter minyak bersubsidi.

Katanya, sebuah tangki besi (20,000 liter) berisi lebih kurang 20,000 liter minyak bersubsidi turut dirampas.

Tangki besi di dalam lori digunakan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi di Taman Wawasan, Kulai.
Tangki besi di dalam lori digunakan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi di Taman Wawasan, Kulai.

"Anggaran keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM300,300," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Dimin, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:

"Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak (diesel) bersubsidi di sekitar Johor Bahru.

"Saya menyeru kepada orang awam terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijalan yang tidak diwartakan melalui talian 07-7557280 Pejabat Risik Gerakan Batalion 5 PGA," katanya.