Bayi lelaki ditinggal depan pintu surau

Bayi lelaki ini diletakkan dalam kotak ditinggalkan di depan surau.
Bayi lelaki ini diletakkan dalam kotak ditinggalkan di depan surau.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penjaga tandas awam terkejut menemui bayi lelaki ditinggalkan dalam kotak di depan pintu surau di Teluk Chempedak, hari ini.

Zahidah Abd Rashid, 45, berkata, bayi lelaki yang sudah dipotong tali pusat itu ditemui kira-kira pukul 10 pagi selepas tergerak hati untuk memeriksa surau berkenaan selepas terdengar suara seperti bayi menangis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bayi yang dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam selepas ditemui itu, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan dan pemeriksaan.

Artikel Berkaitan: