PKNP kenal pasti potensi pembangunan sekitar stesen ECRL

Mohd Nizar pada persidangan DUN Pahang, pada Rabu.
Mohd Nizar pada persidangan DUN Pahang, pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) sedang mengenalpasti beberapa kawasan berpotensi boleh dibangunkan di sekitar stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, antara kawasan akan dibangunkan ialah Perindustrian Gebeng, Bentong dan Kompleks Makanan Halal Gambang di Paya Besar.

Menurutnya, dengan wujudnya pembangunan di sekitar stesen ECRL ini secara tidak langsung dapat menyumbang dalam pembangunan ekonomi Pahang.

"Bagi kawasan Perindustrian Gebeng, PKNP dalam perancangan membangunkan tapak IKS (Industri Kecil dan Serderhana) baru berkonsepkan 'Park Management' bagi memberi peluang kepada pelabur tempatan dan luar bersama merancakkan lagi pertumbuhan di kawasan Perindustrian Gebeng.

"PKNP juga kini sedang mengenalpasti kawasan industri baru terutamanya di Wilayah Pahang Barat dengan mengambil kira Projek Lingkaran Tengah Utama yang kini sedang dilaksanakan secara berperingkat di samping dapat mewujudkan keseimbangan pembangunan ekonomi di wilayah-wilayah Negeri Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Rodzuan Zaaba (BN-Jenderak) mengenai perancangan kerajaan Pahang dalam usaha untuk meningkatkan lagi sektor perindustrian di Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini pada Rabu.

Mohamad Nizar berkata, selain itu, kerajaan Pahang komited dalam pembangunan industri aeroangkasa di negeri sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Khas Daerah Kecil Gebeng 2035 yang dilancarkan pada 13 September 2022.

Jelasnya, melalui cadangan pembangunan projek LapanganTerbang Antarabangsa dan Bandar Aeroangkasa yang akan dibangunkan di Seksyen 4, Kawasan Perindusrian Gebeng.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohamad Nizar, ia telah menarik minat ramai pelabur dari dalam dan luar negara kerana projek ini mempunyai potensi besar serta merupakan industri yang sedang berkembang.

"Menjadi salah satu pemangkin bagi pertumbuhan ekonomi Pahang dimana Kerajaan Negeri juga mensasarkan untuk menguasai sekurang-kurangnya satu peratus daripada pasaran Maintenance, Overhaul & Repair (MRO) Asia Pasifik yang dianggarkan bernilai RM15 trilion.

"Lanjutan daripada itu, Kerajaan Pahang juga mengadakan libat urus bersama pihak Malaysia Space Agency (MYSA) dalam usaha untuk menerokai peluang kerjasama dalam bidang space science.

"Kerjasama dalam bidang sains, teknologi terutamanya dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pembangunan sumber manusia selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030 yang dilancarkan pada 24 Mei ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!