Polis Kelantan wujud pasukan khas pantau jualan mercun

Shafien (kanan) menganugerahkan kenaikan pangkat kepada Ketua Polis Daerah Jeli, Superintanden Ahmad Ariffin (dua dari kiri) pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Peringkat Kontinjen Kelantan, Kota Bharu pada Isnin.
Shafien (kanan) menganugerahkan kenaikan pangkat kepada Ketua Polis Daerah Jeli, Superintanden Ahmad Ariffin (dua dari kiri) pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Peringkat Kontinjen Kelantan, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mewujudkan pasukan khas memantau aktiviti penjualan mercun dan bunga api di seluruh negeri khususnya di kawasan bazar Ramadan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pemantauan itu bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dengan menjual mercun dan bunga api yang mendapat kelulusan dari pihak kerajaan sahaja.

"Sekiranya ada peniaga yang melanggar peraturan tersebut, polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan yang sedia ada termasuklah bawah Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207)," katanya kepada pemberita pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Peringkat Kontinjen Kelantan di sini pada Isnin.

Seramai 19 pegawai dari Kontinjen Kelantan telah dianugerahkan kenaikan pangkat pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial turut digerakkan untuk membuat pemantauan berkait dengan penjualan mercun dan bunga api secara dalam talian yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, pasukan khas tersebut juga akan melakukan pemerhatian di kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelakkan aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api dari negara jiran lolos ke negara ini.

Artikel Berkaitan: