Singkatan ejaan hanya gimik: LAP

Gegantung dengan singkatan ejaan yang tular mendapat kirtikan ramai.
Gegantung dengan singkatan ejaan yang tular mendapat kirtikan ramai.
A
A
A

IPOH - Singkatan ejaan yang tertera pada gegantung dan sepanduk kempen jimat air sempena Sambutan Hari Air Antarabangsa Peringkat Negeri Perak sengaja dibuat untuk menarik perhatian.

Pengurus Besar Lembaga Air (LAP) Perak, Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa berkata, ejaan itu merupakan gimik yang dilakukan secara kreatif untuk menyampaikan mesej secara lebih berkesan.

“Itu bukan salah ejaan, netizen punya ‘style’ sekarang..kita buat gimik untuk menarik perhatian dan mengikut cara orang muda yang suka tulis gaya sebegitu,” katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2019, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Terdahulu perkataan PNGUNA BJAK SNTIASA BRJMAT tertera pada gegantung dan sepanduk yang digantung di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan tular di media sosial.

Gegantung dan sepanduk itu merupakan salah satu usaha kempen jimat air sempena Sambutan Hari Air Antarabangsa Peringkat Negeri Perak yang disambut hari ini.

Kebanyakan netizen mempertikaikan ejaan seperti itu memandangkan ia kempen rasmi oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun terdapat juga netizen yang memuji tindakan kreatif itu kerana dilihat cara terbaik untuk menyampaikan mesej.

Artikel Berkaitan: