Rindu solat berjemaah terubat

Kira-kira 500 jemaah lelaki dan wanita menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di Ladang, Kuala Terengganu.
Kira-kira 500 jemaah lelaki dan wanita menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di Ladang, Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Selepas dua tahun dilanda pandemik, masjid kembali diimarahkan oleh umat Islam terutama jemaah wanita yang mengakui terlalu rindu untuk menunaikan solat sunat tarawih berjemaah di masjid pada bulan Ramadan.

Seorang jemaah dari Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Tengku Nor Izyan Sofia Tengku Samsul Alang, 25 berkata, peluang merapatkan saf ketika solat tarawih secara berjemaah amat dinantikan.

"Alhamdulillah, bersyukur. Rindu sangat, rasa sebak sebab dapat peluang solat di masjid

"Sudah lama saya menantikan peluang ini dan syukur sangat sebab selepas dua tahun, malam ini kali pertama umat Islam, Muslimin dan Muslimat mendapat peluang solat sunat tarawih secara berjemaah," katanya.

Kira-kira 500 jemaah lelaki dan wanita menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di Ladang, Kuala Terengganu.
Kira-kira 500 jemaah lelaki dan wanita menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di Ladang, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Nor Izyan Sofia berharap agar semua jemaah dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar umat Islam terus boleh merapatkan saf dan pintu masjid sentiasa dibuka.

Sementara itu, seorang lagi jemaah, Zulfikri Muda berkata, dia bersyukur kerana negara telah memasuki tempoh endemik yang sekaligus memberi kelonggaran menunaikan solat di masjid.

"Selama hampir dua tahun umat Islam bersabar kini sudah tiba giliran untuk kita sama-sama bertarawih di masjid.

Artikel Berkaitan:

"Teruskan patuhi SOP kerana hari yang dinantikan dan yang ditunggu telah tiba," katanya.

Dalam pada itu, Zaki Anuar pula berkata, perubahan positif yang berlaku kini perlu dijaga agar tidak berlaku penularan Covid-19.

Malam Sabtu, seramai 500 jemaah lelaki dan wanita menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di Ladang, Kuala Terengganu.