Bazar Siti Hawa tarikan baharu di Kelantan

Md Anizam (empat dari kanan) merasmikan Bazar Siti Hawa Mydin Tunjong sambil disaksikan Ameer (dua dari kanan).
Md Anizam (empat dari kanan) merasmikan Bazar Siti Hawa Mydin Tunjong sambil disaksikan Ameer (dua dari kanan).
A
A
A
KOTA BHARU - Pembukaan Bazar Siti Hawa di Mydin Tunjong di sini akan merancakkan lagi fasa pemulihan ekonomi di Kelantan dalam fasa endemik Covid-19.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, usaha memartabatkan dan memperkasakan perniagaan terutama membabitkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sentiasa menjadi matlamat Mydin.

“Kami sentiasa membuka ruang membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka di Bazar Siti Hawa yang mempunyai 177 lot perniagaan.

“Pembukaan bazar ini memberi peluang pekerjaan kepada 300 individu dengan mengetengahkan pelbagai produk hasil tempatan termasuk kraftangan, makanan dan minuman tradisional negeri ini serta pakaian,” katanya pada Majlis Perasmian Bazar Siti Hawa di aras dua di Mydin Tunjong di sini pada Sabtu.

Ameer (kanan) dan Md Anizam Ab Rahman (dua dari kiri) melawat gerai barangan antik di Bazar Siti Hawa.
Ameer (kanan) dan Md Anizam Ab Rahman (dua dari kiri) melawat gerai barangan antik di Bazar Siti Hawa.



Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Md Anizam memberitahu, uniknya bazar tersebut turut menyediakan kedai emas, gerai seni lukis dan pasar karat yang mampu menjadi tarikan pengunjung domestik dan antarabangsa.

“Bazar ini berada dalam cawangan Mydin terbesar di Malaysia iaitu kira-kira 92903.04 meter persegi dan menerima sambutan hangat dengan lebih 100,000 pengunjung setiap minggu sejak pembukaan pada 10 Mac lalu.

“Bazar Siti Hawa dijangka menjadi ikon baharu kepada Kelantan dan pusat tumpuan wajib kunjung oleh pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:


Ameer (dua dari kanan) dan Md Anizam Ab Rahman (dua dari kiri) menunjukkan akhbar Mingguan Kota Bharu bertulisan jawi yang dijual di Bazar Siti Hawa.
Ameer (dua dari kanan) dan Md Anizam Ab Rahman (dua dari kiri) menunjukkan akhbar Mingguan Kota Bharu bertulisan jawi yang dijual di Bazar Siti Hawa.



Sementara itu, Md Anizam berkata, Bazar Siti Hawa ini akan disenaraikan dalam jadual sebagai wajib dikunjungi oleh pelancong di bawah Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri selain cadangan penganjuran acara kebudayaan di kompleks beli-belah itu.

“Kita mungkin menganjurkan acara dikir barat, wayang kulit dan rebana kercing bagi menonjolkan budaya Kelantan kepada pelancong sesuai

dengan sasaran kerajaan iaitu seramai 1.5 juta pelancong domestik akan berkunjung ke Kelantan manakala 400,000 pelancong antarabangsa apabila sempadan di buka sepenuhnya,” katanya.