Undian Piala Dunia buat Belanda mudah: Van Gaal

Louis van Gaal - Foto AFP
Louis van Gaal - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Belanda, Louis Van Gaal menyifatkan undian yang diperoleh pasukannya pada Piala Dunia 2022 dianggap mudah berbanding edisi yang pernah disertai oleh Oranje sebelum ini.

Bagaimanapun Van Gaal berkata, dia masih perlu berwaspada dengan ancaman yang akan diberikan oleh Qatar dan Senegal yang dilihat mampu memberi ancaman kepada Belanda untuk layak ke pusingan kalah mati.

“Undian kali ini lebih baik berbanding apa yang kami peroleh pada 2014.

Bagaimanapun ia tidak memberi sebarang makna kerana kami masih perlu melakukan persediaan dengan rapi.

“Ia kerana kami akan bertemu dengan Qatar dan Senegal di peringkat kumpulan yang merupakan pasukan yang tidak biasa buat saya.

Saya tidak kenal sangat mengenai kedua-dua negara ini kerana jarang pergi ke sana.

"Bagaimanapun, dengan kakitangan yang saya miliki, mereka akan melihat segala-galanya termasuk menganalisa pihak lawan dan sehingga sekarang mereka menjalankan tugas dengan cemerlang," katanya.

Pada majlis undian yang berlangsung di Doha pada Jumaat, Belanda diundi bersama Ecuador, Senegal dan Qatar dalam kumpulan A bagi Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, kali terakhir Belanda melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia adalah pada tahun edisi 2014 yang berlangsung di Brazil di mana pasukan Oranje berjaya menjadi juara kumpulan.

Bagaimanapun, kemaraan Belanda disekat oleh Argentina di pusingan separuh akhir apabila terpaksa akur kalah 2-4 melalui penentuan sepakan penalti.