'Kedatangan pelancong meriah macam hari raya'

(Depan dari kiri) Ketua Hal Ehwal Ekonomi, Politik dan Media Kedutaan Arab Saudi, Nouf Al Kuwaiti; Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Saraya Arbi; Nancy; Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Ramlan Ibrahim; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban pada sidang media selepas Majlis Sambutan Sempena Pembukaan Semula Sempadan Negara di KLIA 1 pada Jumaat.

A
A
A

SEPANG - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri menyifatkan kedatangan para pelancong sempena pembukaan sempadan negara pada hari ini amat meriah seperti menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ujar beliau, pihaknya telah lama menunggu detik bersejarah itu yang menyaksikan kedatangan semula pelancong ke negara ini, sekali gus dapat menjana peningkatan dari segi ekonomi serta pelancongan negara.

"Pihak kami memang menantikan saat-saat ini dan saya bergurau dengan rakan saya tadi, mengatakan ia dah macam (menyambut) Hari Raya.

"Untuk hari ini, kami harap dapat menjangkakan kira-kira 100 penerbangan termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

"Kehadiran penumpang pada hari ini ada di antara mereka adalah pelancong asing dan ada juga dengan warga tempatan yang pulang ke negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Sempena Pembukaan Semula Sempadan Negara di KLIA pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan acara iftar bagi memperkenalkan adat dan budaya negara ini serta menarik minat pelancong.

Menurutnya, acara-acara lain melibatkan hiburan, membeli-belah dan tempat peranginan juga akan diadakan selepas bulan Ramadan ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya dimaklumkan bahawa di Terengganu (kebanyakan tempat peranginannya) sudah 'fully booked', (ditempah) semuanya sampai bulan Julai.

"Ia mungkin akan bertambah selepas itu. Sebab itu promosi secara digital itu penting untuk orang mempunyai kesedaran mengenai produk-produk yang ada di Malaysia ini.

"Jadi kita minta juga agar pihak media memainkan peranan ini," ujarnya.

Turut hadir, Ketua Hal Ehwal Ekonomi, Politik dan Media Kedutaan Arab Saudi, Nouf Al Kuwaiti; Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Saraya Arbi; Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Ramlan Ibrahim; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.